Saturday, December 19, 2009

Selebriti pon buat Uptrend

Jehan miskin(sekarang kaya) & Hilal Azman
Nash

Zaidi Omar & Zan(pak su)

Monday, December 14, 2009

Masa Untuk Keluarga,atau Duit Untuk Keluarga?

Apa pilihan anda? Susah kan nak pilih, sebab dua-dua pun kita perlu buat untuk keluarga. Ini satu dilema yang selalu menghantui networker seperti kami. Siang kami bekerja, malam pula kami buat networking. Table talk sampai tengah malam hehe. Esok pagi bangun saja terus bersiap untuk pergi kelas.Itulah rutin harian seorang networker yang buat part time. Kalau full time maybe lain kisahnya. Tetapi kalau nak masa dengan keluarga pula, tak boleh la nak keluar malam. Tak boleh buat networking. Jadi, kalau tak keluar malam, macam mana nak tambah pendapatan? Semakin hari kos sara hidup kita semakin meningkat. Takkan nak duduk diam saja.Nak bawak awek pergi candle light dinner sekali sekala pun tak cukup duit. Mak ayah di kampung jangan cerita la, selalu je miss nak hantar duit belanja. So, buat salah, tak buat pun salah. Semuanya tak kena. Sebab itu pada kami bisnes networking ini adalah satu bisnes High Class. Jangan marah, tapi inilah kenyataannya. Sebabnya bukan semua orang mampu melakukan. Bukan semua orang yang cukup tabah untuk mengharunginya sampai berjaya. Ramai yang masuk, tetapi gagal. Ye lah, macam mana tak gagal, kalau sekadar masuk tapi TAK BUAT. Ini bukan bisnes magik. Tiada silap mata dalam networking. Anda tetap kena kerja keras. Cuma bezanya, pendapatan di sini LUMAYAN. Kerja sejam jadi macam kerja seratus jam. Sebabnya sangat mudah, dalam networking kita kerja sama-sama. Memang di sinilah satu tempat di mana IMPIAN MAMPU JADI KENYATAAN. Tapi dengan syarat, kena kerja kuat. Anda tidak perlu kelulusan yang tinggi, anda tidak perlu pengalaman. Dalam networking hanya perlukan kesungguhan. Inilah bisnes penyelamat kepada sekelian umat. Jadi kalau nak suruh pilih jugak salah satu, memang mustahil. Kami sebagai networker pilih kedua-duanya. Tapi dengan satu syarat mudah, perlu ada jadual yang ketat dan perlaksanaan yang cekap. Dalam seminggu ada hari untuk keluarga, dan kena ada hari untuk networking. Mana mungkin kita pilih keduanya. Wang dan masa adalah dua perkara yang tak mampu dipisahkan jika kita ingin mencapai kebahagiaan. . Demi masa depan yang lebih gemilang. Walaupun kerapkali masa untuk keluarga kami kurangkan.Kami percaya, masanya akan tiba di mana kita semua akan menikmati kebebasan wang dan masa. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Tiada pengorbanan tanpa ketabahan. Tiada ketabahan tanpa sokongan.

Kalau nak wang, kena korban wang. Kalau nak masa, kena korban masa. Kalau nak keduanya, kenalah korbankan keduanya terlebih dahulu.

Idaman kalbu

EVO X
AUDI R8
NISSAN SKYLINE GTR
RX-8
BMW M3

Kenapa pilih Networking?

Apa hebat sangat networking ni? Kenapa akhirnya kami pilih untuk kejar impian kami dengan bisnes ini? Ramai yang sebenarnya kurang arif tentang hakikat sebenar perniagaan ini. Malah, ada yang memandang serong dan juga membenci bisnes ini. Selalunya orang yang tidak tahu main bola akan berkata padang yang berlekuk.

Networking, atau juga dikenali sebagai MLM adalah juga satu bentuk perniagaan. Kita semua tahu, 9/10 punca rezeki adalah dari bidang perniagaan. Apa jadi kalau kita pilih untuk makan gaji? Jawapannya... 1/10 saja le punca rezeki kita. Sebab itu bila kita bekerja, kita dapat gaji Rm1,000, tetapi BOS kita akan dapat sampai Rm9,000. Betul, kan. Sebabnya BOS kita yang berniaga, kita cuma makan gaji. Sesiapa yang berniaga (dengan cara dan teknik yang betul), nescaya semua akan berjaya dan kaya raya. Pernah tak anda jumpa orang yang makan gaji tetapi bergelar jutawan? Biasanya taukeh-taukeh besar, bos-bos dan juga pemilik syarikat yang jadi kaya. Ini kerana mereka semua menjalankan perniagaan.

Habis, kalau semua orang tahu berniaga itu pulangannya lumayan, kenapa masih ramai yang tak mahu mulakan bisnes? Mengapa masih ragu-ragu sedangkan anda sudah mengetahui hakikatnya.Mudah saja, kerana untuk memulakan sesuatu bisnes, anda perlu modal yang besar. Bukan semua orang dilahirkan kaya, jadi macam mana nak mampu keluarkan modal yang tinggi. Nak buat bisnes burger pun kena modal Rm2,000 ke Rm3,000 tau. So, walaupun ramai tahu berniaga lebih baik dari makan gaji, tapi hakikatnya bukan semua orang mampu.

Di sinilah sebenarnya perniagaan networking datang sebagai penyelamat. Modal kecil, untung besar. Office pun tak payah bukak. Tak payah pening kepala kena marah dengan bos (makan gaji), tak payah pening kepala bayar duit pekerja (berniaga jadi bos). Dalam dunia networking, semakin tinggi kedudukan anda, semakin kurang tanggungjawab anda, dan semakin ringan beban anda. Berbeza dengan dunia perniagaan biasa, semakin tinggi kedudukan anda, semakin berat tanggungjawab, dan semakin besar risiko anda.

Sekarang anda tahu kenapa ramai orang seperti kami yang memilih networking sebagai kerjaya. Kalau makan gaji duit takde, kalau berniaga modal pulak takde. Habis, networking la pilihan yang terbaik.

Memang benar walaupun rezeki dalam bisnes adalah 9/10, tapi ia bukan jaminan pada kejayaan seseorang. Kalau rajin, dapat la. Ada orang cakap, dalam networking ni ramai orang yang gagal. Tetapi bagi kami, mudah saja. Apa-apa perniagaan dalam dunia ini, kalau tak dibuat dengan bersungguh-sungguh, mana mungkin akan berjaya. Allah s.w.t tak pernah kejam. Kalau dah betul usaha dah sungguh-sungguh, takkan Tuhan yang bagi kejayaan. Orang yang gagal tu sebenarnya orang yang mudah berputus asa, orang yang malas bekerja. Itu saja.

Makan gaji, Berniaga Konvensional... atau Networking? You decide..

Perbincangan antara ahli kumpulan Rx

Sesi dipengerusikan oleh jutawan Fahmy
En Fahmy menerangkan sesuatu kepada semua
Zan lantang mengemukakan cadangan
Semua ahli mendengar dengan teliti

Tuesday, December 8, 2009

di awal usia yang berharga

Anda tentu pernah dengar bahawa usia muda merupakan usia yang sangat berharga dan penuh dengan kenangan-kenangan manis.Jika diimbas kembali,adakah kita telah melakukan sesuatu yang amat membanggakan dan akan menyenangkan hari tua kita nanti?Secara logiknya,di awal usia inilah kita patut melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan kehidupan kita pada masa akan datang.Sudah tentu kita seringkali impikan kehidupan yang senang dan bahagia sejak dari kecil.Ini kerana kita mahu kehidupan yang bebas dari masalah pada masa akan datang.Jangan biarkan impian kita musnah disebabkan kita telah melakukan perkara yang sia-sia pada usia remaja.

Jadi,mengapa kita masih lagi tidak mengatur dan mengambil langkah bagi merealisasikan impian kita?Adakah apabila kita sudah tua baru kita akan sedar bahawa pentingnya membuat perancangan di usia remaja untuk masa hadapan?Ketika itu semuanya sudah terlambat.Tiada gunanya untuk menyesal.Nasi dah jadi bubur.

Takkanlah hendak menyesal di kemudian hari.Adakah anda ingin melihat rakan anda berjaya terlebih dahulu baru anda akan melakukan perkara yang sama?Ketika itu anda sudahpun ketinggalan.Dan jangan haraplah rakan anda yang sudah berjaya itu akan kembali kepada anda kerana semasa dia membuka peluang kepada anda pada masa dahulu anda mengendahkannya.Jadi,hendak takut apa,buat saja.Perasaan apabila berjaya ketika usia tua dan muda adalah sangat berbeza.Yang mana satu anda akan pilih?LU PIKIRLAH SENDIRI

JANGAN BIARKAN IMPIAN MENJADI ANGAN-ANGAN SEMATA-MATA

Takut Rahmat...

Jangan salah anggap..di sini tidak dimaksudkan untuk takut kepada sesiapa.Kita perlulah berpegang kepada ajaran kita.Mereka yang berusaha pasti mendapat hasilnya.Itu janji Allah s.w.t.Kenapa mesti takut!Rezeki kita dia yang tentukan,bukan bergantung pada hari-hari tertentu,atau pada waktu-waktu tertentu.Buat saja,nak takut apa?!Doa banyak-banyak semoga tuhan permudahkan perjalanan kita untuk mencapai matlamat.Buat saja,jangan berdolak dalih lagi.Orang berusaha pasti akan berjaya.Tanamkan sikap percaya terhadap diri sendiri yang kita boleh lakukan tak kira apa jua rintangan dan caranya.Sesungguhnya Allah s.w.t tidak pernah memungkiri janji.

Dare to fail

Hakikatnya,tiada siapa yang gemarkan kegagalan.Senang kata memang tak suka langsung ar.Apabila kita menemui kegagalan,seolah-olah hari itu adalah hari paling malang bagi diri kita.Hidup ini tak selalunya indah,nak taknak terpaksa juga kita menghadapinya.

Cuba kita fikirkan baik-baik.Kalau kita percaya bahawa kita akan gagal,adakah kita akan berjaya?.Sudah tentu TIDAK!Sebenarnya kita telahpun GAGAL pada mulanya.Ini kerana kepercayaan itu menjadikan kita hilang semangat dan tidak fokus pada usaha kita.Mengapa begitu susah bagi masyarakat kita untuk menukar persepsi mereka ini?Dalam tak sedar,perkara sebeginilah yang menyebabkan kita mudah menemui keGAGALAN berbanding KEJAYAAN.Kemudian,jika kita gagal mendapatkan prospek,salah siapa?Jadi,renung-renungkanlah sebaik mungkin.

Cuba kita renungkan baik-baik.Jika semalam kita gagal dan hari ini kita masih lagi memikirkan tentang kegagalan SEMALAM.Adakah kita akan bersemangat untuk melakukan sesuatu yang baik pada hari ini?Dan jika pula kita berjaya semalam,dan hari ini kita MASIH lagi memikirkan kejayaan itu,tidakkah kita akan leka untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada hari ini?Sebaik-baiknya,hari ini lebih baik dari hari semalam.

Apa yang perlu ditakutkan,sedangkan Allah telah menjanjikan rezeki yang melimpah-ruah kepada setiap hamba-Nya.Dia juga akan memakbulkan doa orang-orang yang beriman kepada-Nya.Jadi,buat saja!Jangan berfikir perkara-perkara yang belum pun berlaku.Sesungguhnya,membuat tanggapan yang bukan-bukan sebelum ianya berlaku adalah pencetus kepada kegagalan yang kita takuti.

Sunday, December 6, 2009

"KALAU LAH"

Alangkah bagusnya kalau kehidupan ini ditentukan sendiri oleh kita.Sama ada berjaya atau gagal terletak di atas tangan kita sendiri.Kalaulah semua yang kita lakukan adalah terbaik untuk diri kita.Alangkah indahnya....hidup di dunia ini adalah kehidupan yang terbaik bagi kita semua.

Namun begitu,mimpi tak selalunya indah..hakikat sebenar kehidupan ini tidak selalunya sejajar dengaan apa yang kita impikan.Kadang kala,apa yang kita mahukan dalam hidup ini tak semestinya terbaik untuk diri kita.Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk para hamba-Nya.Segala yang kita terima ini adalah yang terbaik untuk diri kita.Namun,kita masih mengeluh kerana belum mengerti akan hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi.Dari situ bermulalah perkataan"kalaulah aku"itu dan ini.

Sebenarnya,apabila terjadi perkara seperti ini,kita sebenarnya telah mempersoalkan pemberian tuhan.Baik atau buruk sesuatu itu,itu adalah semua urusan tuhan.Bukankah itu semua pemberian Allah s.w.t..Jadi apabila kita mengetahuinya,adakah kita patut mempersoalkannya?sudah tentu TIDAK!

Usah mengeluh dengan keadaan kita yang sekarang.Miskin atau kaya,pandai atau bodoh,kacak atau tak...semuanya pemberian dari Allah s.w.t.Tidak penting siapa kita sekarang atau siapa kita yang dahulu,yang penting ialah siapa kita pada masa akan datang."We must look forward,never look back,once we looked back,actually we are the looser".(kata-kata semangat dari nenek kawan aku~adzrul haha,nenek leh speaking wa cakap sama lu).Apa yang penting adalah segala yang berada di depan,bukannya yang di belakang.Setiap kali bermulanya perlumbaan,sudah semestinya kita ingin berada paling hadapan sehingga ke garisan penamat.Kenapa?jawapannya mudah saja,sudah tentulah kita ingin membalas kembali segala usaha penat lelah kita sepanjang latihan semata-mata ingin meraih kejayaan atau impian yang selama ini kita idamkan.

KITA DIUKUR BUKAN DENGAN APA YANG KITA ADA,TETAPI APA YANG KITA LAKUKAN DENGAN APA YANG KITA ADA.Jika hari ini kita hidup susah,apa yang kita lakukan dengan keadaan kita itu.Jika hari ini kita sudah selesa dengan kehidupan kita,adakah keadaan selesa kita ini akan dapat bertahan pada masa yang akan datang.Adakah kita akan merintih atau menyalahkan orang lain?Adakah kita akan menangis sepanjang hari?Atau kita menjadikan kesusahan itu sebagai satu sumber untuk kita lebih maju ke hadapan?Kita jadikan setiap kekurangan yang ada sebagai satu SEBAB YANG KUAT untuk kita berusaha dengan lebih gigih.Usah menyesal dengan apa yang terjadi kerana itulah apa yang terbaik untuk diri kita.

JANGAN SELESA DENGAN KEJAYAAN DAN JANGAN BERSEDIH AKAN KEGAGALAN SEMALAM

Saturday, December 5, 2009

Berlandaskan Sebab

Setiap perkara yang kita lakukan sebenarnya didorong oleh satu sebab.Tanpa sesuatu sebab,kita mungkin akan hilang arah.Sebab juga memberi kita kekuatan untuk bertindak pada satu-satu masa.Sebab juga memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan seseorang.Jika tanpa sebab,maka setiap perkara yang kita lakukan sudah semestinya tidak bermakna dan pastinya hanyalah sia-sia saja.

Hakikatnya,di dunia ini TIADA sesiapapun yang GAGAL,yang ada cuma mereka yang cepat BERPUTUS ASA.Mereka ini terlalu gopoh dan tidak sabar dalam menghadapi segala cabaran.Golongan seperti ini mudah menemui KEGAGALAN daripada menemui KEJAYAAN.Mengapa perkara ini berlaku?jawapannya sangat mudah,ini kerana mereka tidak mempunyai SEBAB-SEBAB YANG KUAT.

Jika kita tidak mempunyai sebab yang kuat untuk menjalankan bisnes ini,maka setiap masalah dan rintangan yang timbul akan kita jadikan sebagai ALASAN semata-mata bagi mengaburi KEGAGALAN yang kita hadapi.Bila kita gagal,kita seringkali menyalahkan persekitaran kita.Semuanya serba tak kena.Kadang-kadang sampai satu tahap di mana kita tak mendapat sebarang respon dari flyers,salahkan cuaca.Ada juga yang menyalahkan upline tak tolong.Kita juga cakap bisnes ini sudah tepu dan sebagainya.Walhal,inilah jalan yang paling sesuai bagi menolong diri kita melepaskan diri dari kesempitan dan memenuhi IMPIAN kita.JARANG sekali
kita bertanggungjawab terhadap kesalahan dan kegagalan kita.Bila tak pandai menari,salahkan lantai yang dikatakan berlekuk.Cubalah mencari kesalahan diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.Inilah ragam manusia.Ini semua berlaku kerana kita tidak mempunyai SEBAB yang kuat.

Berbeza bagi mereka yang fokus dan mempunyai SEBAB yang kuat. Segala rintangan dan halangan ditempuhi dengan tabah dan sabar.Mereka ini lebih cenderung bagi mencari JALAN untuk selesaikan masalah,daripada hanya pandai mencipta ALASAN.

Cuba bayangkan senario ini.Ibu anda sakit tenat,bukannya sakit tua..malahan penyakit ibu anda ini boleh diubati.Doktor berkata,untuk menyelamatkan ibu anda,dia perlu dibedah segera dan kos rawatan adalah sebanyak RM25,000.00.Malangnya anda tidak mempunyai wang simpanaan sebanyak itu.Malah gaji bulanan anda pon tidak mencecah 5 angka.Apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda akan berkata"Doktor,saya tidak mempunyai wang sebanyak itu.Jika ibu saya ditakdirkan mati,maka saya tak boleh berbuat apa"atau anda akan berkata sebegini"tak apalah doktor,saya tidak mempunyai wang sebanyak itu.Lagipun ibu saya sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan pencipta-Nya.Biarkanlah hajatnya itu tercapai."Itukah jawapan anda?Sudah tetu tidak!Walaupun anda tidak mempunyai wang sebanyak itu tetapi anda tetap akan mencari JALAN untuk mendapatkannya tak kira apa jua cara sekalipun.ANDA tidak akan memberikan sebarang ALASAN.Ini kerana anda mempunyai SEBAB YANG KUAT.Dia IBU anda.

Tapi bayangkan perkara yang sama terjadi kepada orang lain.Tentu ada saja cerita dan alasan yang keluar dari mulut kita kan."aku mane ade duit sebanyak tu"."bukan senang nak cari duit sebanyak tu".Mungkin itu jawapan kita.Kenapa?kerana orang itu bukan ibu kita.Kita tidak mempunyai SEBAB kuat untuk mencari wang sebanyak itu.

Apakah SEBAB utama kita melakukan bisnes ini?Adakah kita sudah bosan hidup susah?Adakah kita iri hati kepada golongan-golongan kaya yang mudah memiliki apa saja yang dihajati kerana apa yang mereka miliki hakikatnya amat sukar bagi golongan seperti kita untuk mendapatkannya.Kalau itu SEBAB anda,kenapa masih lagi mencipta ALASAN?hentikanlah dengan alasan kita selama ini.Ayuh mencari JALAN bagi menghadapi cabaran yang mendatang.Cukup dengan segala alasan yang dikemukakan.ALASAN tidak mendatangkan apa- apa kebaikan.Kita cari JALAN dan bukannya menghabiskan masa dengan mencipta ALASAN.

KITA BOLEH MEMBERI 1001 ALASAN UNTUK GAGAL,
TAPI HANYA PERLUKAN 1 SEBAB SAHAJA UNTUK BERJAYA

permulaan

Salam perkenalan.Blog ini dibuat khusus bagi 'merakam' segala pahit manis liku-liku perjalanan Team Ringgit Express.Kami adalah segelintir daripada golongan manusia yang bertekad kuat bagi mengubah kehidupan.Pergi pagi..balik petang..dapat gaji ...bayar hutang..pelbagai yang dihajati tapi tiada wang..itulah rutin harian yang terpaksa kami lalui bagi menyara kehidupan.Kami sudah bosan dengan kesusahan,kami sudah jemu dengan kesempitan.Kami percaya rezeki berada di mana-mana.Kita hanya perlu tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya.

Oleh kerana kami GAGAL bagi memenuhi segala keperluan mahupun IMPIAN kami,jadi kami memilih untuk menjadi e-NETWORKER.Kami pilih perniagaan e-Commerce untuk bantu kami keluar dari belenggu hidup ini.Syarikat yang menjadi pilihan kami ialah Uptrend Network Sdn Bhd (http://www.uptrend2u.com/).Uptrend sangat mudah dan lumayan.Pulangannya juga cepat.Perniagaan sebegini amat sesuai kepada golongan seprti kami yang memerlukan wang setiap hari.Jika anda tidak mempunyai kelulusan tinggi dan pengalaman kerja yang banyak,mana mungkin anda akan mendapat pekerjaan yang baik,apatah lagi gaji yang lumayan.Tetapi kami nampak di Uptrend ianya sangat berbeza.Anda boleh berjaya tanpa semua itu.Hanya kesungguhan dan kecekalan yang diperlukan.

Kami tahu wang bukan segala-galanya..tetapi kami juga tahu yang segala-galanya memerlukan wang.Walaupun bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan wang,tapi tanpa wang...lebih banyak masalah yang akan timbul.

Anda akan menjadi saksi kepada segala kesungguhan kami.Insya Allah,dengan izin yang Maha Kuasa..mungkin suatu hari nanti seorang jutawan akan dilahirkan dari blog ini.Anda doakan kejayaan kami.Amin........