Agak-agak anda, mana yang menang? You versus the whole world, which one will win? Sudah tentu kita akan kalah dalam pertandingan anda diri kita dan dunia ini. Saya teringat satu kata-kata (quotes) yang agak popular, "Kita tak mungkin dapat mengubah dunia, selagi kita tak mengubah PERSEPSI kita terhadap dunia ini.". Kesimpunannya sangat mudah, sebelum kita dapat ubah apa yang berlaku disekeliling kita, kita sepatutnya ubah diri kita dulu. Semuanya bermula dari diri kita dulu.
Saya ada seorang kawan, 'kerjayanya' setiap hari sangat memenatkan, iaitu 'complaint' 24 jam. Itu tak kena, ini tak kena, itu tak betul dan ini tak betul. Pendek kata, semua tak betul. Tak ada apa yang betul bagi insan ini. Misinya hanya satu, ingin mengubah dunia mengikut kehendaknya. Persoalannya, boleh ker? Lu pikir la sendiri.
Memang tak boleh pun. Kita manusia walaupun pada asasnya sama, tetapi kita berbeza dari segi pemikiran, kemampuan dan kebolehan. Itulah yang membuat manusia unik. Dan di atas sebab keunikan itulah, manusia semuanya adalah istimewa dari pelbagai segi kehidupan.
Saya amat kasihan dengan insan ini, kerana dia memperjuangkan sesuatu yang tak mungkin berlaku. Bolehkah kita minta 6 bilion manusia di muka bumi in bersetuju dengan pendapat kita. Tentu tidak, kerana semua kita mempunyai hujah yang tersendiri untuk sesuatu perkara. Hanya sebab kita ingat sesuatu perkara itu baik pada kita, tidak semestinya ia baik utk orang lain.
So, apa yang boleh kita buat dalam misi kita mengubah dunia? Tukar persepsi. Terima hakikat diri kita jua mempunyai kelemahan dan perlukan bantuan dari orang lain. Tuhan cipta manusia dengan penuh berhikmah, Dia bagi kelebihan dan kelemahan yang berbeza pada setiap hamba-Nya supaya kita bersatu-padu dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Kalau kita sebagai manusia, rasa diri kita lebih pada orang lain, itu sebenarnya adalah kelemahan kita yang paling ketara.
Kita kena sedar, 'for things to change, YOU must change first'. Perubahan bermula dari diri kita. Jangan 'berlawan' dengan dunia, sebaliknya berdamailah dan cari titik tolak toleransi yang terbaik. Jangan asyik salahkan orang atau keadaan sekeliling. Kita lihat dunia ini sebagaimana kita mahu ia kelihatan. Kalau baik persepsi kita, maka baiklah dunia. Jika tidak, berlaku sebaliknya. Renungkan...
