Sunday, January 17, 2010

paling murah atau paling mahal?

Orang kita ni selalunya cepat sangat melatah. Tanpa usul periksa, tanpa bukti yang kukuh, selalu membuat keputusan terburu-buru. Dalam apa jua rencah kehidupan, kita dapat lihat perkata ini berlalu. Selalunya orang-orang sebegini tidak berfikiran jauh dan mudah sangat terpengaruh.

Perkara yang sama juga kerapkali terjadi dalam perniagaan networking seperti yang kami jalankan ini. Istilah 'lompat syarikat' itu bukannya asing lagi. Kononnya ada perniagaan yang lebih mudah dan murah di pasaran. Kononnya ada syarikat yang lebih hebat di luar sana. Jadi tanpa usul periksa, ada segelintir yang terpengaruh. Tapi jika kita seorang yang rasional, kita sepatutnya siasat dakwaan-dakwaan tersebut terlebih dahulu, bukannya terima 'bulat-bulat' tanpa usul periksa. Dalam hidup ini kita kena pentingkan BUKTI, bukannya JANJI. Orang boleh berjanji apa sahaja, tapi apabila diminta bukti, ramai yang lari. Dakwaan tanpa bukti adalah gosip, atau dengar perkataan yang lebih buruk lagi ia dianggap sebagai FITNAH.

Semua orang mempunyai pendapat tersendiri. Sesuatu pendapat juga tidak ada betul atau salahnya, kerana ia SEKADAR pendapat. Sebab itu kita jangan hanya bergantung pada pendapat dalam membuat keputusan, tapi lihatlah pada fakta dan hakikat. Itulah sebaik-baik cara untuk membuat keputusan.

Faktanya sangat mudah. Uptrend telah mendapat pengiktirafan dan anugerah-anugerah berikut :
1) Syarikat E-Dagang no. 1 negara (KPDNHEP)
2) Anugerah Keris Peringkat Asia - Syarikat Paling Jujur (satu-satunya Syarikat MLM)
3) Syarikat Paling Pesat Membangun - MCA
4) Anugerah Persatuan Pengguna Islam Malaysia - Muslim Friendly Organization (MFO)
5) Business Excellent Award (Pemenang Kategori Kekukuhan Kewangan & Prestasi Cemerlang)

Tentu ada sebab anugerah-anugerah ini diberikan. Kalau tanpa bukti, mana mungkin Uptrend akan diiktiraf sebegini. Inilah bukti yang terbaik menunjukkan Uptrend adalah pilihan yang TERBAIK. Mungkin dari segi harga pakej, kami bukan yang paling murah, tapi kami juga bukan yang paling mahal.

Cuba ambil contoh ini. Jika anda ingin membeli sebuah kereta, adalah anda akan membeli kereta yang harganya paling mahal atau paling murah? Adakah anda HANYA akan menilai sesebuah kereta itu berdasarkan harganya? Tentu sekali tidak. Pastinya jika anda seorang yang waras dan rasional, anda akan menilai kereta tersebut dari pelbagai segi. Dari segi ciri keselamatannya, dari segi keselesaaannya, dari segi enginnya dan berbagai-bagai aspek lagi. Kenapa? Kerana anda mahukan sesuatu yang TERBAIK. Harga tidak penting, yang penting adalah 'nilai' sesuatu itu kepada anda. Kalau betul harga itu penting, kenapa masih ramai yang ingin membeli kereta BMW? Kenapa ramai yang masih idamkan Ferrari?

Oleh yang demikian, jangan cepat melatah dalam perkara-perkara sebegini. Jika anda belum berjaya dalam perniagaan ini, bersabarlah. Tuhan tidak pernah memungkiri janji-Nya. Jika anda berusaha, anda akan terima. Cuma bila, dimana, banyak mana, itu bukan tugas kita untuk memikirkannya.

Sebaiknya, renunglah pada diri kita sendiri. Lihat pada kekurangan yang ada pada kita. Jangan hanya menyalahkan syarikat atau orang lain. Kita manusia tidak pernah sempurna, jadi terimalah kekurangan diri. Tiada salahnya mengakui kelemahan diri, kerana itulah satu-satunya cara untuk MAJU ke depan. Mana mungkin ada belajar dari kesilapan, jika anda sendiri tidak pernah mengaku kesilapan anda? Jangan jadi manusia bongkak yang menuding jari ke sana ke sini.

Kepada semua netwoker yang masih berada di Uptrend2u, ingatlah bahawa anda sedang berada di masa yang betul, dan di tempat yang betul.

Terlanjur hidup, mati itu sudah pasti,
Terlanjur Uptrend, Jutawan itu sudah pasti!

No comments:

Post a Comment