Kalau nak seribu daya, kan. Orang yang beri alasan takkan mampu buat duit, tetapi orang yang buat duit tak pernah beri alasan. Kita tak pernah gagal sebenarnya, kita cuma BELUM BERJAYA. Itu saja.
Namun ada juga mulut-mulut jahat bertanya, 'bagaimana pula dengan mereka yang gagal?' Lucu kan, mereka tanya yang gagal. Kalau orang lain buat boleh berjaya, tapi kita buat sorang gagal... agak-agak anda salah siapa? Bayangkan, anda masuk universiti. Lepas tu, di akhir tahun, ada 100 orang graduan cemerlang telah mendapat pengikhtirafan. Tetapi anda bukan salah seorang dari graduan cemerlang tersebut. Malah, lebih malang, anda tergolong daripada golongan yang gagal. Anda belajar di universiti yang sama, dengan lecturer yang sama, menggunakan matapelajaran yang sama, tetapi di akhir tahun ada ramai yang berjaya, tetapi anda gagal. Salah siapa? Memang mudah menuding jadi ke sana dan sini, tapi sebenarnya anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan anda. Tuhan itu Maha Adil, kan? Habis, logik ke kalau anda berusaha bersungguh-sungguh, belajar dengan tekad, tapi last-last tuhan tak bagi kejayaan pada anda? Muhasabah la diri tu sikit.....
ORANG BERJAYA TAK PERNAH PUTUS ASA, SEBALIKNYA ORANG BERPUTUS ASA TAK PERNAH BERJAYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment