Lain macam je bunyi ni... hehe, tapi jangan risau ini bukan soal hidup dan mati sebenarnya. Ini soal sikap kita yang tak kena pada tempat. Kadang-kadang kita dengar ungkapan, "Aku kalau pergi sorang malas la...", atau "Takkan kita je yang datang harini? Mana yang lain? Baik tak payah datang...". Itulah sikap yang mungkin kita tanam dalam diri kita selama ini. Sikap ini membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.
Dalam bisnes networking, memang betul kalau kita buat bersama-sama, semua kerja kita menjadi mudah. Malah dalam apapun yang kita lakukan, lagi ramai sebenarnya lagi bagus. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh bak kata pepatah. Tapi perlu ingat, ini 'periuk nasi anda', Jadi anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tanggungan anda (isteri, ibubapa dan anak-anak). Tapi bayangkan kalau tiap-tiap kali cukup ahli baru la kita nak lakukan sesuatu aktiviti, susah la macam ini. Semuanya bergantung sangat pada kumpulan. Tak cukup seorang ahli saja, kita dah lemah semangat nak datang meeting atau edar flyers. Tak patut... memang tak patut.
Anda kena anggap setiap aktiviti berkumpulan sebagai satu BONUS tambahan. Bukannya satu kewajipan. Kalau ada tu bagus, tapi kalau tak ada pun tak apa. Apa yang penting, kita teruskan langkah kita walaupun pada hakikatnya ketika itu kita berseorangan. Ini kan bisnes individu. Walaupun bekerja secara berkumpulan, tetapi pendapatan kita berbeza dan masuk ikut poket masing-masing.
KETIKA BERKUMPULAN, KITA SEPATUTNYA KUAT,
KETIKA BERSEORANGAN, KITA TAK SEPATUTNYA LEMAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment