Wednesday, January 27, 2010

Semalam, Hari Ini dan Esok

Ada pepatah inggeris berbunyi...'Yesterday is History, Tomorrow is a Mystery... and today is a Gift. That's why it's call PRESENT'. Cantik kan, maknanya. Apa yang berlaku semalam telahpun menjadi sejarah dan hari esok pula belum pun berlaku. Apa yang paling penting ada hari ini. Kita takkan mampu mengubah sejarah yang lepas, namun apa yang kita mampu ialah mencorak masa depan kita dengan melakukannya sebaik mungkin... HARI INI.

Ada orang yang masih hidup di masa silam. Kita selalu berdepan dengan orang yang macam ini. Mereka selalu berkata, 'Dulu saya seorang yang hebat...', atau 'Dulu saya memang banyak duit...' dan macam-macam lagi kan. Saya itu, saya ini, tak habis-habis dengan cerita lama mereka. Perlu diingat, yang lepas tak penting cik abg oii... yang penting SIAPA ANDA SEKARANG. Kehebatan anda di masa silam hanyalah kenangan yang patut dilupakan. Jangan jadi orang yang hidup di masa silam, sesungguhnya kehidupan mereka adalah tipu daya semata-mata.
Tetapi anda jangan lupa, ada juga di antara kita yang hidup di masa hadapan. Maksudnya, mereka kerapkali merancang itu dan ini, tetapi tidak dilaksanakan dengan baik. Kalau boleh semua nak buat, semua yang terbaik. Mereka TERLALU merancang sampai menghabiskan HARI INI dengan cerita HARI ESOK. Terlampau merancang sampai tiada tindakan. Sayang... mereka tergolong dari orang yang rugi dan sia-sia.

Sebaiknya, jadilah orang yang menumpukan sepenuh perhatiannya pada HARI INI. Kerana hari ini lebih bermakna dari SEMALAM, dan lebih penting dari ESOK. Hari ini adalah penentu segala-galanya. Kenapa perlu kita agungkan kehebatan kita semalam, sedangkan waktu itu telah pun berlalu? Kenapa kita perlu bersedih tentang kegagalan semalam, sedangkan segala-galanya telahpun terjadi? Rileks... tarik nafas dalam-dalam. Apa yang penting adalah hari ini.
Jangan pula membuang masa anda untuk berfikir terlalu lama tentang esok, kerana ianya belumpun terjadi. Kenapa perlu dirisaukan sangat, sedangkan apa yang berlaku esok, adalah rentetan kejadian yang kita lakukan hari ini. Jika hari ini kita telah melakukan yang terbaik, maka esok pasti bakal membuahkan kejayaan.

'Just Do It!' Buat saja... dan lakukan yang terbaik. Jangan biarkan kegagalan anda semalam dan kebimbangan anda tentang esok menjadi batu penghalang untuk anda mencapai kejayaan.

Hari ini adalah penentu segalanya. Jangan biarkan ia berlalu dengan begitu sahaja. Bertindak sekarang!

Tuesday, January 19, 2010

Sehidup Semati

Lain macam je bunyi ni... hehe, tapi jangan risau ini bukan soal hidup dan mati sebenarnya. Ini soal sikap kita yang tak kena pada tempat. Kadang-kadang kita dengar ungkapan, "Aku kalau pergi sorang malas la...", atau "Takkan kita je yang datang harini? Mana yang lain? Baik tak payah datang...". Itulah sikap yang mungkin kita tanam dalam diri kita selama ini. Sikap ini membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Dalam bisnes networking, memang betul kalau kita buat bersama-sama, semua kerja kita menjadi mudah. Malah dalam apapun yang kita lakukan, lagi ramai sebenarnya lagi bagus. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh bak kata pepatah. Tapi perlu ingat, ini 'periuk nasi anda', Jadi anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tanggungan anda (isteri, ibubapa dan anak-anak). Tapi bayangkan kalau tiap-tiap kali cukup ahli baru la kita nak lakukan sesuatu aktiviti, susah la macam ini. Semuanya bergantung sangat pada kumpulan. Tak cukup seorang ahli saja, kita dah lemah semangat nak datang meeting atau edar flyers. Tak patut... memang tak patut.

Anda kena anggap setiap aktiviti berkumpulan sebagai satu BONUS tambahan. Bukannya satu kewajipan. Kalau ada tu bagus, tapi kalau tak ada pun tak apa. Apa yang penting, kita teruskan langkah kita walaupun pada hakikatnya ketika itu kita berseorangan. Ini kan bisnes individu. Walaupun bekerja secara berkumpulan, tetapi pendapatan kita berbeza dan masuk ikut poket masing-masing.

KETIKA BERKUMPULAN, KITA SEPATUTNYA KUAT,
KETIKA BERSEORANGAN, KITA TAK SEPATUTNYA LEMAH!

Monday, January 18, 2010

Nak Kaya Tanpa Usaha!

Ramai 'orang kita' yang bersikap demikian. Kalau boleh, nak duduk diam dan terus dapat duit. Boleh ke? Lucu, kan. Tapi dalam kita tidak sedar inilah yang terjadi dalam masyarakat kita. Sebab itulah program-program 4D (Duduk Diam Dapat Duit) seperti pelaburan haram internet, skim cepat kaya, sistem piramid dan lain-lain begitu mendapat sambutan. Kami pelik bagaimana ramai yang begitu mudah terpedaya dengan helah-helah mudah seperti ini. Cuba fikir baik-baik, benarkah ada satu sistem dalam dunia ini yang boleh buat kita kaya tanpa sebarang usaha? Kalau begitu, kenapa masih ada orang miskin di dunia ini? Kenapa masih ramai yang hidup merempat? Kalau tanpa usaha kita boleh berjaya, maka sesungguhnya hidup ini sudah tiada sebarang bentuk keadilan lagi. Kenyataannya realiti sebenarnya tidak semudah mimpi. Mana boleh duduk diam saja terus boleh kaya. Ini semua satu dakyah yang songsang yang bakal menghancurkan masyarakat kita.

'Saya malaslah nak cari orang', 'Kalau saya join lepas tu tak buat apa-apa, boleh dapat duit tak?' Ya Rabbi... percaya atau tidak, inilah jawapan yang biasa kami terima sebagai networker. Mula-mula dulu rasa macam nak menangis bila dengar prospek jawab macam tu, tapi lama-lama jadi lucu pula. Mana ada bisnes dalam dunia ini yang kita boleh buat sorang-sorang. Nasib baik la kena cari orang, kalau kena cari beruk macam mana? Pening kepala, kan. Apa bisnes pun kita kena kembangkan, barulah maju dan menguntungkan. Ada juga prospek yang menyimpan niat suci untuk join tapi tak nak kerja. Banyak cantik. Orang lain kerja siang malam, korban masa dengan keluarga dan balik larut malam, tapi senang-senang saja dia nak join tapi tak nak kerja. Lawak sungguh, kalah Saiful apek macam ni. Kelakar seram.

Pada mereka yang seperti ini, kami nasihatkan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Sudah terpesong jauh nampaknya kalian. Sampai bila nak berangan-angan? Sudah-sudah la tu. Terimalah kenyataan yang kejayaan bukanlah hanya satu kebetulan. Ia datang dengan usaha yang gigih dan berterusan.

KEJAYAAN BUKAN SATU KEBETULAN

Fallen DOWN?

Kalau nak seribu daya, kan. Orang yang beri alasan takkan mampu buat duit, tetapi orang yang buat duit tak pernah beri alasan. Kita tak pernah gagal sebenarnya, kita cuma BELUM BERJAYA. Itu saja.
Namun ada juga mulut-mulut jahat bertanya, 'bagaimana pula dengan mereka yang gagal?' Lucu kan, mereka tanya yang gagal. Kalau orang lain buat boleh berjaya, tapi kita buat sorang gagal... agak-agak anda salah siapa? Bayangkan, anda masuk universiti. Lepas tu, di akhir tahun, ada 100 orang graduan cemerlang telah mendapat pengikhtirafan. Tetapi anda bukan salah seorang dari graduan cemerlang tersebut. Malah, lebih malang, anda tergolong daripada golongan yang gagal. Anda belajar di universiti yang sama, dengan lecturer yang sama, menggunakan matapelajaran yang sama, tetapi di akhir tahun ada ramai yang berjaya, tetapi anda gagal. Salah siapa? Memang mudah menuding jadi ke sana dan sini, tapi sebenarnya anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan anda. Tuhan itu Maha Adil, kan? Habis, logik ke kalau anda berusaha bersungguh-sungguh, belajar dengan tekad, tapi last-last tuhan tak bagi kejayaan pada anda? Muhasabah la diri tu sikit.....
ORANG BERJAYA TAK PERNAH PUTUS ASA, SEBALIKNYA ORANG BERPUTUS ASA TAK PERNAH BERJAYA

Sunday, January 17, 2010


Wisma Uptrend2u di Jaya One,Jalan Universiti P.Jaya
9 tingkat penuh dengan kecemerlangan

paling murah atau paling mahal?

Orang kita ni selalunya cepat sangat melatah. Tanpa usul periksa, tanpa bukti yang kukuh, selalu membuat keputusan terburu-buru. Dalam apa jua rencah kehidupan, kita dapat lihat perkata ini berlalu. Selalunya orang-orang sebegini tidak berfikiran jauh dan mudah sangat terpengaruh.

Perkara yang sama juga kerapkali terjadi dalam perniagaan networking seperti yang kami jalankan ini. Istilah 'lompat syarikat' itu bukannya asing lagi. Kononnya ada perniagaan yang lebih mudah dan murah di pasaran. Kononnya ada syarikat yang lebih hebat di luar sana. Jadi tanpa usul periksa, ada segelintir yang terpengaruh. Tapi jika kita seorang yang rasional, kita sepatutnya siasat dakwaan-dakwaan tersebut terlebih dahulu, bukannya terima 'bulat-bulat' tanpa usul periksa. Dalam hidup ini kita kena pentingkan BUKTI, bukannya JANJI. Orang boleh berjanji apa sahaja, tapi apabila diminta bukti, ramai yang lari. Dakwaan tanpa bukti adalah gosip, atau dengar perkataan yang lebih buruk lagi ia dianggap sebagai FITNAH.

Semua orang mempunyai pendapat tersendiri. Sesuatu pendapat juga tidak ada betul atau salahnya, kerana ia SEKADAR pendapat. Sebab itu kita jangan hanya bergantung pada pendapat dalam membuat keputusan, tapi lihatlah pada fakta dan hakikat. Itulah sebaik-baik cara untuk membuat keputusan.

Faktanya sangat mudah. Uptrend telah mendapat pengiktirafan dan anugerah-anugerah berikut :
1) Syarikat E-Dagang no. 1 negara (KPDNHEP)
2) Anugerah Keris Peringkat Asia - Syarikat Paling Jujur (satu-satunya Syarikat MLM)
3) Syarikat Paling Pesat Membangun - MCA
4) Anugerah Persatuan Pengguna Islam Malaysia - Muslim Friendly Organization (MFO)
5) Business Excellent Award (Pemenang Kategori Kekukuhan Kewangan & Prestasi Cemerlang)

Tentu ada sebab anugerah-anugerah ini diberikan. Kalau tanpa bukti, mana mungkin Uptrend akan diiktiraf sebegini. Inilah bukti yang terbaik menunjukkan Uptrend adalah pilihan yang TERBAIK. Mungkin dari segi harga pakej, kami bukan yang paling murah, tapi kami juga bukan yang paling mahal.

Cuba ambil contoh ini. Jika anda ingin membeli sebuah kereta, adalah anda akan membeli kereta yang harganya paling mahal atau paling murah? Adakah anda HANYA akan menilai sesebuah kereta itu berdasarkan harganya? Tentu sekali tidak. Pastinya jika anda seorang yang waras dan rasional, anda akan menilai kereta tersebut dari pelbagai segi. Dari segi ciri keselamatannya, dari segi keselesaaannya, dari segi enginnya dan berbagai-bagai aspek lagi. Kenapa? Kerana anda mahukan sesuatu yang TERBAIK. Harga tidak penting, yang penting adalah 'nilai' sesuatu itu kepada anda. Kalau betul harga itu penting, kenapa masih ramai yang ingin membeli kereta BMW? Kenapa ramai yang masih idamkan Ferrari?

Oleh yang demikian, jangan cepat melatah dalam perkara-perkara sebegini. Jika anda belum berjaya dalam perniagaan ini, bersabarlah. Tuhan tidak pernah memungkiri janji-Nya. Jika anda berusaha, anda akan terima. Cuma bila, dimana, banyak mana, itu bukan tugas kita untuk memikirkannya.

Sebaiknya, renunglah pada diri kita sendiri. Lihat pada kekurangan yang ada pada kita. Jangan hanya menyalahkan syarikat atau orang lain. Kita manusia tidak pernah sempurna, jadi terimalah kekurangan diri. Tiada salahnya mengakui kelemahan diri, kerana itulah satu-satunya cara untuk MAJU ke depan. Mana mungkin ada belajar dari kesilapan, jika anda sendiri tidak pernah mengaku kesilapan anda? Jangan jadi manusia bongkak yang menuding jari ke sana ke sini.

Kepada semua netwoker yang masih berada di Uptrend2u, ingatlah bahawa anda sedang berada di masa yang betul, dan di tempat yang betul.

Terlanjur hidup, mati itu sudah pasti,
Terlanjur Uptrend, Jutawan itu sudah pasti!

Lagi selebriti bersama Uptrend

BOB LOKMAN(jutawan yang seterusnya)
Awie and Papa rock(RAMLI SARIP) turut bersama Uptrend

Sunday, January 3, 2010

What to expect from this business

(Anda bukannya kebal pon.Semua orang bermula dari bawah.Tak ada lagi yang masuk semalam hari ni dah jadi kaya.PASTI ada rintangan yang akan anda lalui dalam bisnes ni.Tuhan tu MAHA ADIL.Takkan duduk diam je terus boleh dapat duit.Duit takkkan datang kat kita.Kejayaan perlukan pengorbanan dan pengobanan perlukan KETABAHAN.Orang yang berputus asa tak mungkin akan berjaya,sebaliknya orang yang berjaya tak pernah putus asa.